My Add

Saturday 16 June 2012

Pastikan bekalan air di Selangor mencukupi

SHAH ALAM, SABTU, 16 Jun, 2012: Usaha bagi memastikan bekalan air di Selangor sentiasa mencukupi harus dilaksana dan diberi tumpuan oleh kerajaan negeri itu, kata Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

Beliau berkata, walaupun berlaku penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri berkenaan masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.

Beliau yang juga Koordinator Barisan Nasional Selangor berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada persatuan pemandu teksi di Selangor mengenai program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Katanya, sehingga kini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat di Selangor adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.

"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

"Sedangkan 33 loji rawatan air di Selangor sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing dan ada yang beroperasi lebih daripada kapasiti maksimum," katanya.

Beliau juga berkata, Forum Air Selangor anjuran kerajaan negeri Selasa lalu yang kebanyakannya disertai oleh ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah bagi menangani masalah air.

"(Namun) tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment