My Add

Wednesday 6 June 2012

Pengambilan pelajar UiTM secara telus

SHAH ALAM, SELASA, 05 Jun, 2012: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya mereka tidak telus dalam pengambilan pelajar baru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, isu berkenaan sengaja ditimbulkan oleh pihak yang tidak berpuas hati apabila mereka tidak terpilih untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.

"Kemasukan pelajar dijalankan oleh Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi berdasarkan merit dan tempat akan diberi kepada pelajar cemerlang serta berkelayakan.

"Ramai yang tidak tahu seramai 250,000 pelajar lepasan SPM memohon untuk memasuki UiTM dengan 100,000 pelajar meletakkan UiTM sebagai pilihan pertama," katanya di Bangunan Canselori UiTM, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi menjawab tuduhan pihak tertentu di laman sosial Facebook dan blog yang tidak berpuas hati dengan proses pengambilan pelajar baru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment