My Add

Monday 25 June 2012

Pertahan SAR: Penduduk adakan program munajat 1 Julai

IPOH, AHAD, 24 Jun, 2012: Para penduduk Taman Desa Aman di sini akan mengadakan program munajat pada 1 Julai ini bagi memohon memperkukuhkan usaha mempertahankan pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ar-Rahmaniah yang mendapat bantahan pakatan pembangkang.

Majlis yang bakal dikendalikan penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias itu akan diadakan di padang awam Taman Desa Aman di sini iaitu bersebelahan tapak pembinaan bangunan sekolah agama tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan, program sembahyang hajat juga akan diadakan di kawasan itu pada hari yang sama bagi mendoakan segala perjalanan pembinaan bangunan tiga blok sekolah itu berjalan lancar.

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, program itu diadakan oleh penduduk memandangkan usaha untuk menggagalkan pembinaan sekolah tersebut semakin hebat termasuk kemungkinan ia diheret ke mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment