My Add

Monday 25 June 2012

Elaun khas sukarelawan PLKN diluluskan - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Jun, 2012: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM11 juta sebagai elaun perkhidmatan kepada bekas-bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menyertai Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu bagi menggembleng tenaga bekas-bekas pelatih untuk menjadikan BSKN sebagai satu badan sukarelawan yang paling aktif.

''Sebelum ini perkara itu dalam pertimbangan kerajaan dan kini Kabinet meluluskan sebanyak RM11 juta untuk elaun khas sukarelawan. Untuk itu, kita dalam tindakan menggalakkan seramai 620,000 alumni PLKN menyertai badan sukarelawan tersebut.

''Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mendaftarkan lepasan PLKN yang berminat ke dalam badan sukarelawan itu dan seterusnya peserta akan memberikan khidmat sukarela di kawasan masing-masing serta kem-kem latihan PLKN yang berdekatan,'' katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Ke-47 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment