My Add

Tuesday 12 June 2012

PKIM terus tuntut janji kerajaan Selangor

SHAH ALAM, ISNIN, 11 Jun, 2012: Sekumpulan penduduk mewakili Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) sekali lagi mengadakan perhimpunan aman di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini, hari ini bagi menuntut janji-janji yang pernah dibuat pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Ini merupakan demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan yang sama dalam tempoh seminggu bagi menuntut enam perkara diselesaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden PKIM, A. Prakash berkata, pihaknya menuntut Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menunaikan janji untuk membina rumah berharga di bawah RM100,000 dalam masa 100 hari jika menang pilihan raya umum pada 2008.

''Semasa berkempen pakatan pembangkang berjanji dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya dan membentuk kerajaan negeri, mereka hendak membina rumah kos rendah untuk masyarakat India di Jalan Papan, Klang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment