My Add

Tuesday 12 June 2012

DAP kelirukan rakyat untuk jadi 'juara'

PULAU PINANG, ISNIN, 11 Jun, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana cuba menjadi 'juara' politik dengan mengelirukan rakyat dalam isu tanah Tan Hak Ju.

Pengerusi Biro Politik Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, keputusan mahkamah baru-baru ini berhubung kes tersebut menunjukkan kerajaan negeri cuba menutup kelemahannya dengan menuding jari kepada BN.

"Sudah jelas mereka cuba meraih publisiti politik dengan mengelirukan rakyat.

"Mereka juga cuba untuk menunjukkan kepada umum kononnya pentadbiran kerajaan BN lemah dengan membentangkan Kertas Putih di Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung kes tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini memberitahu, kerajaan negeri telah mendepositkan sebanyak RM14 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti diperintahkan mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment