My Add

Thursday 21 June 2012

PNB umum agihan pendapatan 6.6 sen untuk ASD

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd, mengumumkan pengagihan pendapatan 6.6 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012. 

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan berkenaan mencatatkan peningkatan berbanding 6.5 sen seunit yang diumumkan tahun lalu.
"Kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan RM279.31 juta, iaitu peningkatan 9.9 peratus berbanding RM254.1 juta yang dibayar tahun lalu," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan pengagihan pendapatan tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment