KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Jun, 2012: Polis Kuala Lumpur hari ini melancarkan Unit Berbasikal bagi daerah Sentul dalam strategi mengurangkan jenayah setempat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Sentul dipilih sebagai perintis memandangkan keadaan setempat di daerah itu yang terdiri daripada taman perumahan bercorak horizontal (teres).
"Rondaan pencegahan jenayah oleh anggota polis di kawasan perumahan seperti rumah-rumah teres sesuai dilakukan dengan berbasikal seperti ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Balai Polis Terbuka sempena Hari Polis ke-205 di Balai Polis Jinjang, di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment