My Add

Sunday 24 June 2012

Polis tahan 18 individu termasuk lapan pondan

GEORGETOWN, AHAD, 24 Jun, 2012: Polis Pulau Pinang menahan 18 individu termasuk lapan pondan dalam Operasi Noda Khas di sekitar Lebuh Chulia, di sini awal pagi ini. 

Jurucakap polis berkata, semua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh.
"Lima daripada pondan itu adalah warga Indonesia dan semua mereka ditahan di sebuah hotel murah di Lebuh Chulia.

"Sebaik menyedari kehadiran kita, mereka bertindak melarikan diri dan ada yang cuba bersembunyi di atas bumbung hotel berkenaan," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, pondan itu menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Malaysia dan mereka disiasat menurut Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen. 

Jurucakap polis itu berkata, ada antara mereka pernah 13 kali ditahan kerana kesalahan yang sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan. 

Beliau berkata, polis turut menahan tiga pasangan kekasih yang berkhalwat. 
Operasi itu disertai 18 pegawai dan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut serta lima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata mereka yang ditahan dibawa ke IPD Timur Laut bagi direkodkan keterangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment