My Add

Monday 25 June 2012

Ribuan anak muda sertai perhimpunan sokong Lynas

KUANTAN, AHAD, 24 Jun, 2012: Perhimpunan menyokong projek pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) di Pantai Teluk Cempedak petang semalam berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peserta.

Penyelarasnya, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, program yang dilangsungkan secara santai itu sebagai tanda sokongan anak muda kepada projek berkenaan yang dilihat mampu membantu perkembangan ekonomi setempat.

Katanya, kesediaan ribuan anak muda hadir pada program itu secara sukarela membuktikan dakwaan pembangkang bahawa penduduk di bandar itu tidak menyokong projek tersebut sebagai tidak benar.

''Program itu yang berlangsung sejak pagi sehingga tengah malam melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kesenian dan aktiviti senaman secara keseluruhannya telah menarik kehadiran hampir 10,000 orang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment