My Add

Monday 25 June 2012

Pelajar Kuin bantah kenaikan yuran

ALOR SETAR, AHAD, 24 Jun, 201: Isu kenaikan yuran pengajian Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri terus berlarutan apabila pelajar kolej berkenaan pula bersuara berhubung perkara berkenaan.

Jurucakap Gerakan Mahasiswa Prihatin Kuin, Mohd. Mus'ab Habib berkata, pihaknya amat kesal dengan kenaikan yuran dan beberapa caj lain yang dikenakan terhadap pelajar, seolah-olah diputuskan tanpa mengendahkan pandangan pihak lain.

"Kenaikan pelbagai yuran adalah suatu penindasan kerana menjadikan pelajar sebagai mangsa kepada krisis kewangan dan dalaman Kuin.

"Walaupun pelajar tidak boleh masuk campur dalam urusan pentadbiran, kami juga perlu bersuara jika tempias krisis itu terpalit kepada pelajar," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment