My Add

Saturday 23 June 2012

RM36j untuk laksana program latihan kemahiran, kerjaya

SEREMBAN, SABTU, 23 Jun, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendapat peruntukan khas RM36 juta daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk melaksanakan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) pada tahun ini.

Timbalan menterinya Datuk Hasan Malek berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

"Jakoa adalah antara agensi KKLW yang menjayakan PLKK dalam usaha meningkatkan kemahiran modal insan belia Orang Asli di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Heritage Training Centre (HTC) di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment