My Add

Saturday 23 June 2012

Anwar cari wanita misteri

*UMMI Hafilda Ali menunjukkan bukti terbaru isu Anwar Ibrahim didakwa memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion di Kuala Lumpur, kelmarin.

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai berusaha mengesan wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan beliau memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion sejak mereka terputus hubungan beberapa tahun lalu.

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali (gambar) berkata, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit dan banyak kisah di sebalik tabir berlaku antara mereka berdua.

Menurut beliau, wanita berkenaan hidup diselubungi kemewahan semasa masih rapat dengan Anwar, namun, beliau sentiasa dalam ketakutan selepas hubungan itu berakhir.

‘‘Saya difahamkan Anwar mahu menuntut semula semua harta yang telah diberikannya kepada wanita misteri itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment