My Add

Thursday 7 June 2012

RON97 turun 10 sen

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Jun, 2012: Harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen seliter bermula esok.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan menurunkan harga tersebut adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan lalu telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 berkuat kuasa esok.

"Harga runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara 'urus apungan' iaitu harga bulanan berubah mengikut harga pasaran.

"Dengan penurunan ini, harga bahan api itu menjadi RM2.80 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kali terakhir harga bahan api tersebut dinaikkan adalah pada 4 April lalu iaitu sebanyak 10 sen seliter. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment