My Add

Thursday 7 June 2012

Fitnah Syabas: Tony Pua diperintah bayar RM200,000

Tony Pua
KUALA LUMPUR, RABU, 6 Jun, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini berjaya dalam saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, dua tahun lalu.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Tony memberitahu pemberita, Hakim Amelia turut memerintahkan supaya beliau yang dinamakan sebagai defendan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am.

Katanya, ia beserta dengan faedah sebanyak empat peratus kepada Syabas, manakala lain-lain kos akan ditentukan kemudian.

Selain itu, menurut Alliff, mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi terhadap Tony yang menghalangnya atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula atau membenarkan penerbitan semula pernyataan fitnah tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment