My Add

Sunday 24 June 2012

Seorang bomba sukarela maut, 6 rakan cedera

SUNGAI PETANI, AHAD, 24 Jun, 2012: Seorang anggota bomba sukarela maut, manakala enam rakannya cedera selepas jentera bomba yang mereka naiki terbabas semasa dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di Kampung Baru Padang Lembu, Gurun, dekat sini hari ini.

Chow Kok Kong, 51, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari jentera yang dipandunya dalam kejadian pada 1.30 tengah hari tadi.

Ng Eng Chai, 46; Ong Chong Yaw, 22; dan Lee Kian Fong, 41, dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan tiga yang diberi rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama ialah Kok Beng Foo, 39; Kok Kok Chon, 40; dan Lim Chin Ping, 42.

Kok Kok Chon yang ditemui pemberita di HSAH berkata, mereka hampir sampai di tempat kebakaran apabila nahas itu berlaku.

Kesemua mangsa merupakan anggota bomba sukarela dari Balai Bomba Sukarela Merbok dekat sini.

"Ketika kami sampai di satu selekoh berhadapan Klinik Kesihatan Padang Lembu, Kapten (Chaw Kok Kong) yang memandu jentera cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan menyebabkan jentera kami berpusing beberapa kali lalu terbabas ke kiri jalan,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment