My Add

Monday 25 June 2012

Siasat segera MAIPP

BUKIT MERTAJAM, AHAD, 24 Jun, 2012: UMNO Pulau Pinang meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) supaya menyiasat dakwaan seorang khatib menggunakan masjid di sini bagi menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan itu perlu diambil mengikut Akta Hasutan kerana menggunakan masjid untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

"Ini satu perbuatan tidak wajar dilakukan dengan mencampuradukkan politik dan masjid sebagai tempat umat Islam menunaikan kewajipan kepada agama.

"Kalau dah nak berpolitik jangan menggunakan masjid kerana tindakan ini boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat," katanya di sini hari ini.

Musa berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Juara Rakyat Himpunan Anak Muda di padang awam Charuk Tok Kun, di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment