My Add

Thursday 14 June 2012

Siasat semula Anwar miliki RM3 bilion

Oleh HUSSAINI AMRAN dan SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, RABU, 13 Jun, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun induk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bernilai RM3 bilion berikutan dakwaan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mempunyai bukti baru tentang kes tersebut.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, SPRM juga perlu memanggil bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid untuk membantu siasatan sekiranya kes dibuka semula.

Menurut beliau, skop siasatan hendaklah meliputi usaha mengesan sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai dana yang dimasukkan ke dalam 20 akaun induk itu.

"Saya berharap SPRM jangan melengah-lengahkan siasatan semula kes berkenaan memandangkan Ummi Hafilda mendakwa beliau memiliki bukti-bukti baru," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment