My Add

Thursday 14 June 2012

MEF sambut baik umur baru persaraan swasta

KUALA LUMPUR, rabu, 13 Jun, 2012: Langkah kerajaan meningkatkan umur persaraan wajib pekerja swasta dilihat perlu dikuatkuasakan memandangkan jangka hayat rakyat negara ini telah meningkat sehingga melebihi usia 70 tahun.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, pengenalan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat adalah langkah terbaik dalam mengurangkan bebanan kerajaan pada masa depan.

“Langkah menaikkan umur bersara wajib ini sesuatu yang baik kerana jangka hayat sudah meningkat tidak seperti di tahun 1950-an dahulu.

“Negara-negara di rantau Asia Tenggara lain juga telah ada yang menaikkan usia persaraan ini seperti Singapura iaitu 60 tahun," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment