My Add

Sunday 24 June 2012

SPRM pantau secara dekat isu Faekah Husin

Faekah Husin
Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU. SABTU, 24 Jun, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meniliti penglibatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam permohonan sebuah firman guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya untuk ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya sedang memantau secara dekat isu tersebut biarpun siasatan rasmi belum dibuka.

Beliau berkata, sekiranya Faekah tidak terlibat dalam membuat keputusan biarpun beliau yang menghantar surat tersebut ia tidak menjadi satu kesalahan.

"Dia kalau setakat bagi surat bukan dia yang membuat keputusan bukan satu kesalahan di bawah akta kita, tetapi kalau dia duduk sebagai ahli lembaga duduk buat keputusan untuk adik-beradik dia itu satu kesalahan.

"SPRM sedang meniliti sejauh mana peranan dia adakah jatuh di bawah kuasa kita atau setakat cadangan (Faekah) begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment