My Add

Sunday 24 June 2012

6 penyelam hilang, ditemui selamat

KUANTAN, AHAD, 24 Jun, 2012: Enam penyelam yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Chebeh, kira-kira 4.2 batu nautika dari Pulau Tioman semalam, ditemui selamat pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuantan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Maritim Ab Aziz Idrus berkata, semua penyelam, yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita ditemui pukul 9 pagi kira-kira 22 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

"Semua mangsa ditemui terapung, mangsa yang diselamatkan ialah empat warga Malaysia iaitu dua lelaki - Yang Jia Xing, 26, dan Lim Kong Hooi, 27 dan dua perempuan, Leong Li Kar, 26, dan Maggie Lim, 27.

"Manakala dua lagi mangsa lelaki yang diselamatkan ialah warga Singapura, Hu Jin Jie, 25, dan Xu Zhiming, 33, warga China," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa ditemui dalam keadaan selamat oleh sebuah bot tunda, Kencana Makmur yang kebetulan lalu di lokasi berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment