10 polis Iraq terbunuh dalam serangan militan
RAMADI, ISNIN, 20 Mei, 2013: Sekurang-kurangnya 10 polis Iraq terbunuh dalam siri serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militan di pusat pemeriksaan di di sini, semalam.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, tetapi kumpulan militan Sunah sebelum ini sering menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran dalam kempen mereka menghuru-harakan kerajaan negara ini.
Ketegangan kaum di Iraq meningkat ekoran konflik di negara jiran Syria ekoran kebanyakan pemberontak Sunah di negara itu berjuang menggulingkan Presiden Bashar al-Assad yang mendapat sokongan daripada puak Syiah. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment