My Add

Monday, 20 May 2013

Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 20 Mei, 2013: Polis mengarahkan penganjur perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dirancang diadakan di Kuala Ibai pada Khamis ini supaya menukar tarikh dan lokasi perhimpunan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, tarikh yang dimohon penganjur himpunan itu tidak menepati tempoh ditetapkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu penganjur perlu memberi notis awal kurang daripada 10 hari.

Selain itu katanya, lokasi yang dipilih juga tidak bersesuaian kerana berdekatan dengan jalan utama, kawasan perumahan dan faktor keselamatan orang ramai.

"Polis menerima surat pemberitahuan daripada pihak penganjur semalam namun ia tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan di bawah akta itu.

"Untuk itu kita minta supaya mereka tukar tarikh dan cari lokasi yang lebih sesuai kerana kita tidak mahu jika berlaku kes kecemasan akan memudaratkan orang ramai kerana kawasan itu sempit," katanya kepada pemberita hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment