![]() |
*DARI kiri, S. Velo, S. Murugan dan S. Thanasilan terselamat daripada hukuman mati atas pertuduhan membunuh seorang anggota *polis empat tahun lepas di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, semalam. - BERNAMA |
JOHOR BAHRU, SELASA, 21 Mei, 2013: Tiga lelaki termasuk dua beradik terselamat daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka atas tuduhan membunuh seorang anggota polis, empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan memutuskan demikian terhadap S. Velo, 34, S. Murugan, 36, dan S. Thanasilan, 25, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Dalam keputusannya, Samsudin berkata, tiada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang dapat mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dengan perlakuan yang boleh menyebabkan kecederaan dan membawa kematian terhadap mangsa.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama membunuh T.C. Selva Ganesan di sebatang anak sungai di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran perkuburan Cina di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Skudai, di sini.
Velo yang merupakan bekas pengawal keselamatan dan dua beradik, Murugan dan Thanasilan yang bekerja di sebuah bengkel didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 3.40 pagi, 17 September dan pukul 9.50 pagi, 20 September 2009.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga tertuduh yang memakai kemeja T berwarna putih kelihatan tersenyum selepas Samsudin membacakan keputusan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd. Majid manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Tun Mohamad Ammar Aziz. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment