![]() |
| Shahril Ridza |
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, jumlah aset pelaburan KWSP telah melepasi paras setengah trilion ringgit dan meningkat secara purata lapan hingga sembilan peratus setahun.
" Kekangan dalam pasaran domestik menyebabkan KWSP perlu meneroka pelaburan luar negara yang bersesuaian dengan program diversifikasi jangka panjang KWSP. Ini akan membolehkan KWSP membina portfolio pelaburan yang lebih seimbang mengikut selera risiko KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Setakat akhir suku pertama 2013, jumlah pendedahan luar negara KWSP ialah 17.55 peratus daripada jumlah kos pelaburan.
Kementerian Kewangan hanya membenarkan KWSP untuk melabur sehingga 23 peratus daripada aset pelaburannya di pasaran antarabangsa.
Sehingga 31 Mac lalu, aset pelaburan KWSP berjumlah RM536.55 bilion, meningkat 9.86 peratus daripada RM488.39 bilion dicatatkan pada tempoh yang sama 2012.
Jumlah caruman yang diterima pada suku pertama 2013 berjumlah RM14.14 bilion berbanding RM8.54 bilion jumlah pengeluaran, menghasilkan aliran masuk dana bersih sebanyak RM5.60 bilion.
Dalam suku yang sama, KWSP telah menjana pendapatan pelaburan sebanyak RM5.6 bilion, berbanding dengan RM7.74 bilion dicatatkan pada suku pertama 2012. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment