My Add

Wednesday, 22 May 2013

Adam Adli didakwa Khamis

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Mei, 2013: Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan baru-baru ini akan dihadapkan ke muka pengadilan esok.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Adam Adli berkata, pemuda itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini pagi esok.

"Polis selepas berpuas hati dengan hasil siasatan akan mendakwa Adam Adli esok," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Adam Adli direman selama lima hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dia ditangkap tidak jauh dari pejabat portal propembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsar kira-kira pukul 3.15 petang Sabtu sebelum dibawa ke Balap Polis Jinjang. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment