My Add

Wednesday, 22 May 2013

Blog kemas kini senarai boikot produk

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Mei, 2013: Beberapa laman blog memperhebatkan gerakan memboikot produk dan perkhidmatan keluaran syarikat-syarikat yang dipercayai menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Gerakan itu juga dilancarkan bagi 'mengajar' syarikat terbabit yang didakwa menjalankan kempen menjatuhkan usahawan bumiputera.

Antara usahawan dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sebelum ini menjadi sasaran khususnya pembangkang telah memburuk-burukkan nama tokoh korporat terkemuka bumiputera itu.

Gerakan itu merupakan lanjutan daripada tindak balas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menggesa rakyat memboikot produk keluaran syarikat milik berkenaan.

Selain produk berupa makanan, minuman dan kosmetik, blogger berkenaan terutama Gerakan Anti PKR (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com) turut menyenaraikan pemboikotan beberapa perkhidmatan bas ekspres dan pasar raya.

Blog-blog lain yang turut memainkan peranan melancarkan boikot adalah House PK (http://parpukari.blogspot.com); The Flying Kick (http://theflyingkick.blogspot. com) dan MyKMU.net (http://www. mykmu.net).

Memetik artikel MyKMU.net, blogger berkenaan memberitahu gerakan memboikot itu bukanlah amalan sihat tetapi perlu dilakukan bagi menunjukkan bahawa di negara ini, sesuatu kaum tidak boleh terlalu besar kepala dan sentiasa melihat Melayu dan bumiputera sebagai golongan bodoh.

"Sebenarnya yang memulakan kempen pemboikotan ialah golongan mereka sendiri. Facebook menjadi medan utama mereka untuk memperkenalkan jenama 'UMNOPUTRA' yang kononnya, sebarang pembelian produk berkenaan akan menyumbang kepada dana pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional.

"Gambar-gambar produk tersebut telah disebarkan secara meluas terutama yang membabitkan roti Gardenia dan minyak masak Saji," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment