My Add

Wednesday, 22 May 2013

Richard tumpu isu gaji minimum

PUTRAJAYA, SELASA, 21 Mei, 2013; Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem yang memulakan tugas rasminya hari ini berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada 13.2 juta pekerja di negara ini.

Beliau berkata, isu gaji minimum dan umur persaraan minimum bagi para pekerja sektor swasta akan menjadi agenda utamanya pada tahun ini.

Dalam satu majlis di Kementerian Sumber Manusia di sini, Richard menerima nota serah tugas daripada Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang bertukar portfolio ke Kementerian Kesihatan.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia , Datuk Ismail Abdul Muttalib, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Zainal Rahim Seman serta pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya.

Dalam ucapan alu-aluannya, Richard melahirkan rasa bangga apabila portal JobsMalaysia telah berjaya memberikan 660,000 peluang pekerjaan kepada pemohon di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment