My Add

Wednesday, 1 May 2013

Bukit Wan, Jambi juara bersama Anugerah Desa Cemerlang 2012

Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob

KUALA TERENGGANU, RABU, 01 Mei, 2013: Kampung Bukit Wan di sini dan Kampung Jambi, Johor hari ini diumumkan sebagai pemenang bersama Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat kebangsaan 2012.

Ini merupakan kali pertama dua buah kampung dipilih sebagai johan sejak program dwitahun itu diperkenalkan pada tahun 1987.

Kemenangan itu membolehkan kampung terbabit membawa pulang hadiah bernilai RM225,000 di samping piala dan sijil penghargaan.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Bukit Wan sempena program lawatan sehari ke negeri ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Mohamad.

Tempat kedua disandang oleh Kampung Tanjong Parang, Sarawak dengan hadiah bernilai RM170,000 manakala Kampung Bukit Bulat, Melaka di tempat ketiga dengan hadiah bernilai RM115,000.

Anugerah bagi kategori keceriaan dan keindahan kampung dimenangi oleh

Kampung Tudan Baru, Sabah dengan hadiah bernilai RM60,000 manakala bagi kategori ekonomi (Kampung Kilim, Kedah), Pendidikan (Kampung Sungai Duri, Pulau Pinang), Kerohanian/sivik (Kampung Gedok, Negeri Sembilan) dan Kesihatan dan Kebersihan (Kampung Paloh 3, Kelantan). - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment