Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
KUALA TERENGGANU, RABU, 01 Mei, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu terus-menerus dalam ceramahnya memperdayakan rakyat dengan janji-janji manis yang bakal dilaksanakan jika mandat diserahkan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Ia terbukti apabila hampir setiap lokasi ceramah yang disinggahi calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Azan Ismail, beliau hanya bermodalkan manifesto pakatan pembangkang yang mahu menurunkan harga minyak sebaik sahaja pakatan itu diberi mandat untuk memerintah kerajaan negeri dan pusat walhal ia mustahil dilaksanakan dengan mudah.
Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu dengan lantangnya antara lain meminta rakyat sedar bahawa kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika ini, gagal memperjuangkan nasib rakyat di negeri itu dan kononnya hanya pandai menghabiskan wang untuk benda-benda yang tidak berfaedah.
Pemimpin itu dengan 'ghairah' memancing hadirin yang rata-ratanya warga emas dengan membawa isu harga minyak mampu diturunkan pakatan pembangkang kerana negeri itu adalah pengeluar minyak terbesar di negara.
"Negeri Terengganu pengeluar terbesar minyak tetapi maaf lah saya kata rakyat negeri Terengganu ni paling miskin di Malaysia. Rakyat Terengganu tidak dapat hasil.
"Kalau pakatan memerintah, kita janji mahu turunkan harga minyak sekurang-kurangnya 50 sen seliter dan kita jamin negara tidak akan rugi," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 30 orang hadirin di Kampung Tok Kaya di sini malam tadi.
Pembohongan besar parti itu dilihat hanya memperbodohkan rakyat memandangkan walaupun jika harga minyak diturunkan 20 sen seliter, kerajaan terpaksa menanggung bebanan berjumlah RM4 bilion setahun.
Namun perkara itu gagal diperjelaskan kepada hadirin yang hadir malah cuba 'kencing' dan menakutkan rakyat dengan mendakwa mata wang ringgit Malaysia bakal mengalami kejatuhan yang maha dahsyat pada masa depan jika kerajaan tidak bertukar tangan kepada pakatan pembangkang.
"Tahukah saudara semua, duit kita sekarang sudah tiada harga, duit kita murah dan ini semua angkara kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak pandai urus tadbir mata wang kita.
"Jika ini tidak dihentikan maka duit kita nanti tiada nilai dan apa akan jadi kepada rakyat jika duit kita tidak laku," jelasnya.
Azan turut dilihat meludah ke langit apabila mendakwa kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) gagal memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya walhal ketika Pas memerintah Terengganu pada 1999, parti itu juga tidak melakukan hal yang sama.
"Terengganu banyak dapat royalti dan sepatutnya kalau pandai simpan duit royalti itu sudah boleh tanggung anak-anak negeri dengan pendidikan percuma tetapi mereka (BN) tidak buat pun sejak bertahun-tahun dulu," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment