Dewan Negeri Sarawak pilih Dayang Madinah sebagai senator untuk satu penggal
KUCHING, SELASA, 21 Mei, 2013: Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini memilih Dayang Madinah Tun Abang Openg sebagai senator untuk satu penggal lagi bermula 19 Julai tahun ini.
Nama beliau dicadangkan Datuk Fatimah Abdullah (BN-Dalat) dan disokong Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (BN-Bukit Sari).
Dayang Madinah menewaskan calon yang dicadangkan pembangkang, Andrew Lo Kian Nyan dengan majoriti 36 undi.
Beliau mendapat 53 undi manakala Lo, yang dicadangkan Baru Bian (PKR-Ba'kelalan) dan disokong Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek), hanya mendapat 17 undi.
Dayang Madinah yang juga naib ketua wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pertama kali dipilih sebagai senator pada 19 Julai, 2010. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment