My Add

Tuesday, 21 May 2013

13 maut, 20 hilang kilang bahan letupan meletup di China

BEIJING, SELASA, 21 Mei, 2013: Sekurang-kurangnya 13 maut manakala 20 hilang apabila sebuah kilang bahan letupan meletup di timur China, lapor media tempatan hari ini.

Manakala 19 lagi cedera dalam letupan yang berlaku semalam di kilang tiga tingkat milik Poly Explosives (Jinan), sebuah syarikat milik kerajaan negeri di wilayah timur Shandong, lapor agensi berita Xinhua.

Pasukan menyelamat masih lagi mencari baki mangsa yang hilang, sementara usaha pembersihan masih lagi berjalan. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment