Oleh Norliza Abd. Rahman
PUTRAJAYA, SELASA, 21 Mei, 2013: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pengalaman berhadapan dengan perhimpunan Bersih, insiden pencerobohan Lahad Datu dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan cabaran besar sepanjang menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Beliau yang kini bertukar portfolio sebagai Menteri Pertahanan yakin transisi akan berjalan lancar dan baik kerana kerjasama di antara kedua-dua kementerian akan diteruskan di bawah Strategi Lautan Biru (NBOS).
"Saya dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) bukan sahaja sudah berbincang tetapi sudah bekerjasama rapat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencegah jenayah menerusi pengalaman di Lahad Datu.
"Kerjasama antara kementerian dan agensi yang dapat dikongsi bersama merupakan pendekatan dan kaedah yang saya tengok terbaik, ini akan kita perkukuhkan dan beberapa titik sentuhan yang telah dikenal pasti akan saya bawa ke Kementerian Pertahanan.
"Beliau (Ahmad Zahid) akan perkukuhkan lagi struktur yang telah kita wujudkan di Kementerian Dalam Negeri, setiap lapisan kepimpinan di sini telah dididik untuk bergerak senada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau bersama bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong diraikan dalam majlis Jasamu Dikenang anjuran Kementerian Dalam Negeri.
Hishammuddin yang turut memangku tugas sebagai Menteri Pengangkutan, yakin transformasi dalam agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah kementerian itu seperti yang telah dibincangkan secara mendalam tidak akan menjejaskan tugas hakiki kementerian itu dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
"Saya percaya segala yang dirancang tidak susah untuk dilakukan kerana kedua-dua kementerian ini sudah bekerjasama sejak empat tahun lalu, saya yakin Zahid punya kepimpinan menerajui kementerian itu," katanya.
Katanya, perubahan minda, struktur dan kepemimpinan yang beliau tinggalkan akan diteruskan oleh kepemimpinan sedia ada.
Beliau juga menyatakan hasrat menghubungkan sukarelawan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri dengan Kementerian Pertahanan sebagai satu lagi anjakan ke arah pembangunan negara. - UTUSAN
![]() |
*HISHAMUDDIN Tun Hussein bersalaman dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi sebelum meninggalkan KDN dalam majlis Jasamu Dikenang di Putrajaya, semalam. - BERNAMA |
Beliau yang kini bertukar portfolio sebagai Menteri Pertahanan yakin transisi akan berjalan lancar dan baik kerana kerjasama di antara kedua-dua kementerian akan diteruskan di bawah Strategi Lautan Biru (NBOS).
"Saya dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) bukan sahaja sudah berbincang tetapi sudah bekerjasama rapat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencegah jenayah menerusi pengalaman di Lahad Datu.
"Kerjasama antara kementerian dan agensi yang dapat dikongsi bersama merupakan pendekatan dan kaedah yang saya tengok terbaik, ini akan kita perkukuhkan dan beberapa titik sentuhan yang telah dikenal pasti akan saya bawa ke Kementerian Pertahanan.
"Beliau (Ahmad Zahid) akan perkukuhkan lagi struktur yang telah kita wujudkan di Kementerian Dalam Negeri, setiap lapisan kepimpinan di sini telah dididik untuk bergerak senada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau bersama bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong diraikan dalam majlis Jasamu Dikenang anjuran Kementerian Dalam Negeri.
Hishammuddin yang turut memangku tugas sebagai Menteri Pengangkutan, yakin transformasi dalam agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah kementerian itu seperti yang telah dibincangkan secara mendalam tidak akan menjejaskan tugas hakiki kementerian itu dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
"Saya percaya segala yang dirancang tidak susah untuk dilakukan kerana kedua-dua kementerian ini sudah bekerjasama sejak empat tahun lalu, saya yakin Zahid punya kepimpinan menerajui kementerian itu," katanya.
Katanya, perubahan minda, struktur dan kepemimpinan yang beliau tinggalkan akan diteruskan oleh kepemimpinan sedia ada.
Beliau juga menyatakan hasrat menghubungkan sukarelawan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri dengan Kementerian Pertahanan sebagai satu lagi anjakan ke arah pembangunan negara. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment