Oleh AZELI ALI
NIBONG TEBAL, RABU, 22 Mei, 2013: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi kawasan yang berisiko dicemari virus kencing tikus atau leptospirosis seperti di kawasan rekreasi dan air terjun.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pihaknya memandang serius penyakit tersebut dan pihak berkuasa sepatutnya menutup kawasan terbabit selama enam hingga 12 bulan bagi memastikan tempat itu benar-benar bebas daripada virus berkenaan.
"Virus ini amat bahaya kerana boleh membawa maut. Justeru itu, semua pihak harus berhati-hati dan cuba elak daripada mengunjungi kawasan rekreasi dan air terjun yang berisiko dicemari virus kencing tikus berkenaan.
"Semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan juga harus mengambil langkah proaktif bagi mengelak jangkitan berulang dengan menutup kawasan itu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum disahkan bersih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin.
Hilmi turut memandang serius kejadian terbaharu melibatkan tujuh beradik yang dijangkiti virus itu selepas mengunjungi Taman Rekreasi Lata Bayu di Kulim, Kedah awal bulan ini.
Salah seorang ahli keluarga berkenaan, Abu Hanifah Redzuan, 23, meninggal dunia akibat jangkitan virus itu selepas dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bersama tiga yang lain manakala seorang lagi dirawat di Hospital Kepala Batas, Sabtu lalu.
Hilmi menambah, tindakan pencegahan amat penting bagi memastikan jangkitan virus berkenaan tidak berulang di sesuatu kawasan dan semua pihak harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkannya daripada berlarutan.
Lata Bayu ditutup sementara waktu
BALING: Pusat Peranginan Lata Bayu di sini ditutup sementara waktu berikutan kematian seorang daripada tujuh beradik yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah (HSAH) Sabtu lalu akibat dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.
Pegawai Kesihatan Baling, Dr. Delima Kalsom Abdul Wahab berkata, ini bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja pembersihan kawasan dan sebagai langkah berjaga-jaga
"Kawasan ini terpaksa ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan akan dibuka semula apabila didapati selamat untuk dikunjungi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Delima Kalsom berkata, lebih kurang 50 petugas Pejabat Kesihatan Daerah Baling, Majlis Daerah Baling (MDB), Jabatan Perhutanan Negeri dan E-Idaman Sdn. Bhd. bersama penduduk setempat mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tersebut.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan tersebut buat sementara waktu manakala peniaga diarah menutup perniagaan bagi memastikan kejadian tidak diingini berulang.
Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati kawasan itu sedang dibersihkan dan terdapat satu keluarga lima beranak berkunjung ke pusat itu kerana tidak tahu ditutup akibat kes tersebut.
Rosman Abdul Rahim, 41, dari Kuala Ketil berkata, dia membawa keluarganya untuk mandi selepas sesi persekolahan pagi selesai, namun terkejut mendapati kawasan itu ditutup kepada orang awam.
"Memang kasihan anak-anak tak dapat mandi tetapi demi keselamatan dan kesihatan keluarga, kami terpaksa balik," ujarnya.
Peniaga, Abdul Majid Ahmad, 45, yang merupakan pekerja kebersihan di Lata Bayu sejak 20 tahun lalu berkata, dia sering memberikan peringatan tentang kebersihan kepada pengunjung tetapi sebahagiannya tidak peka terhadap perkara itu. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment