Oleh ZULHISHAM ISAHAK
MUAR, RABU, 22 Mei, 2013: Rumah warga emas miskin di Jalan Junid yang siap didirikan semula tiga minggu lalu dengan kos RM21,000 boleh disifatkan sebagai lambang perpaduan antara UMNO dan Pas di daerah ini kerana kedua-dua pihak bersatu menyumbangkan dana pembinaannya.
Walaupun berbeza fahaman politik, namun kedua-dua pihak mengenepikan perbezaan itu dengan mengutamakan nasib penghuninya iaitu seorang warga emas, Zainab Abu Bakar, 73, bersama anak lelakinya yang kurang siuman berusia 55 tahun.
Kediaman baharu itu yang dibina semula atas tapak asal setelah struktur rumah lamanya daripada kayu dan papan hanya menunggu mennyembah bumi menelan belanja RM9,000 di bahagian depan hasil sumbangan ahli UMNO dan Pas.
Sementara bahagian belakang rumah berkenaan mendapat sumbangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (Risda) Daerah sebanyak RM12,000.
Bagi Zainab, penantiannya hampir 40 tahun untuk memiliki rumah baharu yang lebih selesa dan selamat berakhir apabila parti politik terbabit serta RISDA sudi membantunya walaupun tanah didiami itu bukan miliknya.
Ibu kepada empat anak itu gembira dan terharu di atas keprihatinan pihak berkenaan dengan kesusahan hidup yang dilaluinya sehingga impian memiliki rumah baharu tercapai.
"Selama ini saya hanya mampu memendam angan-angan tersebut kerana sedar kesempitan hidup yang dilalui tidak memungkinkan rumah lama dibaiki atau diganti dengan yang baharu akan menjadi kenyataan.
"Rumah peninggalan arwah suami yang dibina di atas tanah rizab kerajaan sudah terlalu uzur dengan keadaan tidak kukuh menimbulkan perasaan bimbang pada waktu malam.
"Tidur juga terganggu kerana kerap terkena air hujan disebabkan keseluruhan bumbung rumah sudah bocor," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Zainab menyara kehidupan dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak beberapa tahun lalu, selain dibantu jirannya yang sering menghulurkan bantuan termasuk makanan apabila diperlukan.
Warga emas itu reda dengan keadaan hidupnya dan tidak mahu menyusahkan tiga anak yang lain kerana mereka juga hidup susah serta mempunyai komitmen terhadap keluarga masing-masing.
Dia gembira dengan kehidupan yang dilalui hari ini kerana 'sempat' dan dapat menghabiskan usia emasnya di rumah idaman setelah tinggal di kawasan itu lebih empat dekad lalu. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment