My Add

Friday, 24 May 2013

ian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar dibebas

 Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Mei, 2013:Tiga aktivis pembangkang yang ditahan semalam untuk siasatan di bawah Akta Hasutan dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak majistret hari ini.

Mereka yang dibebaskan adalah Naib Presiden PKR Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu, aktivis pembangkang Haris Ibrahim dan anggota Pas Tamrin Ghafar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment