Oleh ZAMZURINA AHMAD
PEKAN 22 Mei - Kejayaan enam pendaki termasuk empat anak peneroka dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) menawan puncak Gunung Everest pagi semalam menghilangkan sedikit perasaan gusar ibu kepada Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, yang bimbang keselamatan anak kesayangannya itu.
Marni Ismail, 49, bersyukur kerana anak kelima daripada 10 beradik itu selamat sampai ke puncak tertinggi dunia dengan selamat.
"Alhamdulillah, sememangnya saya tidak pernah menjangka dia akan sampai ke puncak berkenaan, saya rasa mustahil, tetapi dia telah membuktikannya.
"Saya cukup berbangga dan gembira dengan kejayaannya walaupun dalam masa sama perasaan bimbang akan keselamatannya tetap ada," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dirumahnya di Felda Chini Timur 1, di sini hari ini.
Muhammad Hafizuddin bersama lima pendaki lain, Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, Zainudin Lot, 37, Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25, dan Muhammad Illaham, 37, tiba di puncak berkenaan pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut antara pukul 8.31 pagi waktu Nepal hingga 11 pagi semalam.
![]() |
*IBRAHIM Deraman dan Marni Ismail bersama dua anaknya, Nurlina Ulfah Aimaan dan Mohammad Khairu Fauzi membaca Utusan Malaysia mengenai kejayaan Muhammad Hafizuddin menawan puncak Everest di Pekan, Pahang, semalam. |
Marni Ismail, 49, bersyukur kerana anak kelima daripada 10 beradik itu selamat sampai ke puncak tertinggi dunia dengan selamat.
"Alhamdulillah, sememangnya saya tidak pernah menjangka dia akan sampai ke puncak berkenaan, saya rasa mustahil, tetapi dia telah membuktikannya.
"Saya cukup berbangga dan gembira dengan kejayaannya walaupun dalam masa sama perasaan bimbang akan keselamatannya tetap ada," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dirumahnya di Felda Chini Timur 1, di sini hari ini.
Muhammad Hafizuddin bersama lima pendaki lain, Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, Zainudin Lot, 37, Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25, dan Muhammad Illaham, 37, tiba di puncak berkenaan pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut antara pukul 8.31 pagi waktu Nepal hingga 11 pagi semalam.
![]() |
| *DARI kiri, Muhammad Hafizuddin Ibrahim, Mohd. Nasuha Shamsudin dan Mohamad Asyraf Mohd. Halim berjaya menawan puncak Gunung Everest, Nepal, kelmarin. |
"Sejak Apiz ke Nepal kira-kira sebulan lalu hati saya tidak tenteram dan apa yang dilakukan serba tak kena kerana memikirkan keselamatannya,'' ujarnya.
Sementara itu, bapanya, Ibrahim Deraman, 59, Apiz menunjukkan minat terhadap aktiviti lasak sejak kecil apabila sering memanjat pokok kelapa dan menyertai pelbagai ekspedisi mendaki gunung sama ada di dalam atau luar negara.
"Sebagai bapa saya sentiasa memberi semangat dan mendorong agar dia berjaya melakukan apa sahaja yang diminatinya.
"Semasa di zaman sekolah, Apiz sanggup berjalan kaki ke sekolah sejauh kira-kira dua kilometer dan tidak mahu saya menghantarnya," jelasnya.
Tambahnya, mereka sekeluarga merancang mengadakan majlis doa selamat sebaik sahaja Apiz pulang ke kampung. - UTUSAN


No comments:
Post a Comment