Jabatan Imigresen tahan 103 warga asing di Metro Kajang
HULU LANGAT, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Orang ramai yang berada di pusat beli-belah Metro Kajang di sini dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan pegawai Jabatan Imigresen yang datang secara tiba-tiba untuk menangkap pendatang tanpa izin yang membanjiri kawasan itu.
Operasi sekitar pukul 4.30 petang itu berjaya menahan seramai 103 warga asing berasal Nepal, Indonesia, Sierra Leone, Thailand, Pakistan, Nigeria dan Myanmar.
Menurut Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Imigresen Putrajaya, M. Saravana Kumar, operasi itu hasil maklumat orang ramai yang mendesak pihak berkuasa melakukan sesuatu setelah kebanjiran warga asing di pusat beli-belah terbabit.
Seramai 81 orang lelaki dari negara Nepal, Indonesia, Sierra Leone, Thailand, Pakistan, Nigeria dan Myanmar ditahan selain sebanyak 22 wanita dari Indonesia juga ditangkap," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment