My Add

Tuesday, 21 May 2013

Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM

KUCHING, ISNIN, 20 Mei, 2013: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung permohonan tambahan jawatan serta kepentingan parti itu dalam Kabinet.

Bagaimanapun Presiden PRS, Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, beliau berharap wakil parti itu diberi portfolio yang berkait rapat dengan negeri ini seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah atau Kementerian Pengangkutan.

Dengan cara itu katanya, akan membolehkan PRS membela nasib masyarakat di kawasan luar bandar khususnya di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, saya juga meminta semua pihak menghormati keputusan Datuk Joseph Salang Gandum yang menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

“Berdasarkan perbualan saya dengan Joseph Salang baru-baru ini, beliau memberitahu sudah sembilan tahun memegang jawatan Timbalan Menteri, jadi mungkin Perdana Menteri boleh mempertimbangkan kenaikan pangkat beliau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment