Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
IPOH, ISNIN, 20 Mei, 2013: Polis melancarkan operasi besar-besaran membanteras kegiatan perjudian dengan merampas 63 unit komputer yang digunakan bagi tujuan tersebut di sekitar Taman Cempaka di sini Jumaat lalu.
Dalam operasi selama empat jam bermula pukul 10 malam itu, enam lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun yang merupakan penjaga premis tersebut turut ditahan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Sum Chang Keong berkata, dalam serbuan pertama, sebanyak 15 unit komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian dirampas serta seorang lelaki ditahan.
Selepas itu kita berjaya merampas masing-masing 12, 13, 16 dan 12 unit komputer menerusi empat serbuan yang dilakukan di kawasan sekitar.
Polis turut menahan lima lelaki di premis yang diserbu. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan pakar perjudian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment