My Add

Monday, 20 May 2013

Ka Siong tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda MCA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 2013 Mei, 21 Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijangka diadakan pada November ini.

Keputusan itu dicapai selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA di Wisma MCA hari ini yang mengehadkan umur 40 tahun ke bawah dalam barisan Pemuda parti itu.

"Dalam mesyuarat ini, semua ahli jawatankuasa dan Exco Pemuda MCA sebulat suara mengesyorkan pindaan bahawa mana-mana perwakilan yang ingin bertanding mesti berusia 40 tahun ke bawah.

"Kita akan mengesyorkan cadangan ini pada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA, esok," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment