Kadar pengurangan harga kereta berperingkat sehingga 2017
KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013: Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan telah berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.
"Malah sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment