My Add

Wednesday, 22 May 2013

Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri

 Kiri Ramlan Abu Bakar, Armand Azha, Kalimullah

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Mei, 2013: Ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang memainkan peranan sebagai 'pelakon tambahan' dalam siri serangan terhadap Utusan Malaysia menerusi laman sosial disifatkan sebagai tidak faham sejarah dan lupa diri.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, Kalimullah yang merupakan pemegang saham portal propembangkang Malaysian Insider dan pengarah AirAsia didesak supaya meminta maaf.

Menurutnya, Kalimullah juga perlu menjelaskan hubungan antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang memulakan 'serangan' terhadap Utusan Malaysia apabila melabelkan akhbar berbahasa Melayu itu rasis sebelum ini.

Beliau berkata, apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia adalah berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tidak timbul langsung soal Utusan Malaysia merupakan akhbar bersifat perkauman kerana selama ini, akhbar itu turut membuat liputan program-program anjuran pertubuhan atau agensi yang diterajui oleh kaum lain termasuklah Cina.

"Kalau betul Utusan Malaysia rasis, ketika pembentukan Malaysia dahulu, lebih baik akhbar itu membantah pemberian kerakyatan kepada orang Cina dan India pada waktu itu. Tetapi akhbar itu tidak melakukannya, malah 'merestui' dengan semangat perpaduan antara kaum yang sedia wujud.

"Kaji semula sejarah. Jangan kerana sebuah akhbar Melayu yang menyentuh atau menulis mengenai orang Cina terus dilabel rasis, ini tidak betul. Hanya orang Melayu yang lupa diri buat kenyataan sebegitu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kalimullah menyokong 'serangan' awal Azran terhadap Utusan Malaysia menerusi akaun Twitter milik beliau dengan melahirkan rasa bangga melihat rakyat bersatu mengutuk akhbar itu yang didakwanya sebagai rasis.

Malah, beliau berkata: "Only the bigots will find comments like that of Azran Osman-Rani offensive. He is a true Malaysian." (Hanya orang yang taksub akan melihat kenyataan Azran Osman-Rani sebagai menyakitkan. Dia adalah rakyat Malaysia sejati."

Beliau menambah: "I wonder sometimes under which rock some of these Utusan personalities crawled out from. Must be a real sank dark place." (Saya tertanya-tanya, dari mana munculnya personaliti Utusan ini. Mesti dari ceruk mana )."

Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah pula meminta Kalimullah melihat laporan yang disiarkan menerusi Utusan Malaysia dalam skop yang lebih luas dan jangan terus bersikap prejudis melabelkannya sebagai perkauman.

"Kalimullah kena lihat tindakan Azran yang membuat kenyataan melabel Utusan Malaysia sebagai rasis terlebih dahulu. Azran sebagai seorang tokoh korporat Melayu sepatutnya tidak membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana pihak - UTUSAN

No comments:

Post a Comment