My Add

Wednesday, 22 May 2013

Perkasa desak Kalimullah mohon maaf

 Ruslan Kassim
KUALA LUMPUR, SELASA 21 Mei, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan tampil memohon maaf berikutan kenyataan biadabnya menyokong Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang melabel Utusan Malaysia sebagai rasis.

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim berkata, Kalimullah yang merupakan pemegang saham portal propembangkang Malaysian Insider dan ahli lembaga pengarah AirAsia, adalah contoh orang Melayu yang tidak tahu bersyukur dan lupa daratan.

"Kalimullah tidak layak untuk bercakap pasal true Malaysians. Kalimullah sendiri pernah menafikan bahawa beliau hidup mewah bukan kerana menerima kontrak daripada kerajaan walaupun kemudiannya terbongkar hakikat sebenar bahawa beliau telah mendapat projek besar nilainya daripada pihak kerajaan.

"Kita ingatkan Kalimullah janganlah mudah jadi kacang lupakan kulit, madu yang diberi dibalas dengan tuba dan akhirnya seperti melepaskan anjing tersepit atau adakah kerana beliau termasuk dalam golongan yang disebut sebagai Melayu mudah lupa!" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kalimullah menyokong kenyataan Azran yang melabel Utusan Malaysia sebagai rasis menerusi akaun Twitter milik beliau dengan melahirkan rasa bangga melihat rakyat bersatu mengutuk akhbar itu.

Malah, beliau berkata: Only the bigots will find comments like that of Azran Osman-Rani offensive. He is a true Malaysian. (Hanya orang yang taksub akan melihat kenyataan Azran Osman-Rani sebagai menyakitkan. Dia adalah rakyat Malaysia sejati."

Beliau menambah: I wonder sometimes under which rock some of these Utusan personalities crawled out from. Must be a real sank dark place. (Saya tertanya-tanya, dari mana munculnya personaliti Utusan ini. Mesti dari ceruk mana)."

Dalam pada itu, Ruslan turut menyelar tindakan Kalimullah yang sehingga ke hari ini masih gagal menjawab isu-isu berbangkit membabitkan dirinya.

"Kita juga mahu bertanya mengapa sehingga hari ini Kalimullah masih tidak membuat sebarang penafian tentang hubungan rapat beliau dengan peguam M.Puravalen yang mengatur pertemuan antara penyiasat peribadi, PI Bala (mendiang P. Balasubramaniam) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Ruslan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment