Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA, RABU, 22 Mei, 2013: Kerajaan menghormati pendirian beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melancarkan kempen memboikot barangan keluaran beberapa syarikat milik kaum Cina yang dipercayai menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, walaupun pendirian NGO terbabit tidak sesuai dalam konteks Malaysia berbilang kaum dan agama tetapi itu adalah hak mereka yang perlu dihormati.
''Sebagai sebuah kerajaan, saya mengharapkan mesti ada perundingan sebab kita ini saling bergantung antara satu sama lain.
''Kita sepatutnya hidup bersama, berniaga sama-sama dan semua orang akan dapat untung tetapi kalau ada perasaan boikot-memboikot, susah juga kerana akhirnya rakyat menjadi mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tugas Menteri dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di sini hari ini.
Turut hadir bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan kempen berkenaan sebagai membantah tindakan syarikat berkenaan yang disifatkan akan membawa kepada perpecahan rakyat di negara ini.
Beberapa NGO lain turut menyokong usaha itu kerana menganggapnya bukan bersifat perkauman tetapi sebagai pengajaran kerana sanggup bersekongkol dengan usaha memecah-belahkan rakyat.
Menurut, Hasan, semua pihak perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan negara berbanding kepentingan sekelompok individu tertentu.
''Persoalan penting kini adalah adakah kita mahu maju ke hadapan dan terus menikmati apa yang kita miliki selama ini atau mahu balik ke belakang serta meruntuhkan apa yang telah kita nikmati," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment