![]() |
*LEE Goit Siau (kanan) di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan, semalam. |
Tertuduh, Lee Goit Siau, 46, bagaimanapun tidak mengaku bersalah semasa dihadapkan di hadapan Hakim Mohd. Yusuff Yunus dan meminta dibicarakan.
Mohd. Yusuff membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Menurut pertuduhan, Goit Siau, sebagai orang yang diamanahkan untuk mengurus wang kutipan jualan pasar raya Econjaya (Kok Lanas) Sdn. Bhd. sebanyak RM504,156.32 didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu menyalah gunakan wang itu.
Wanita dari Kok Lanas itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 4 Mac hingga 18 April tahun lalu di pasar raya berkenaan.
Dia yang telah dibuang kerja, ditahan Rabu lalu dan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment