Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
KOTA BHARU, AHAD, 19 Mei, 2013: Polis memburu suspek berkain pelekat yang didakwa menembak seorang tukang rumah ketika bersarapan di sebuah warung di Kemayan, Tawang, Bachok pada Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 24 tahun itu turut dikehendaki bagi kes bunuh seorang pesara tentera yang ditembak ketika bersarapan di sebuah warung di Kemasin, Bachok pada 15 Februari lalu.
Beliau berkata, polis memandang serius kedua-dua kes terbabit kerana ia melibatkan nyawa.
"Kita mengesyaki suspek merupakan penjenayah yang sama memandangkan peluru yang digunakan jenis sama dalam kes tembak di Kemasin.
"Sehubungan itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki ini supaya tampil memberi laporan untuk membantu siasatan dan kepada lelaki itu, kita juga minta dia tampil menyerah diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau sebelum itu melawat Azmi Ismail, 38, yang ditembak di Tawang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menyampaikan buah tangan kepada isteri mangsa, Sakinah Ismail, 36.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Azmi ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai kain pelekat ketika bersarapan di sebuah warung di Kemayan, Tawang tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Azmi dari Kampung Pantai Senok, Bachok cedera di belakang pinggang dan paha kanan selepas terkena dua das tembakan.
Dalam kejadian pertama Februari lalu, seorang pesara tentera mati ditembak dan ditetak dua lelaki ketika mangsa sedang menjamu selera di sebuah warung di Kemasin.
Kejadian berlaku pukul 9 pagi ketika mangsa, Sauti Muda, 57, bersama isterinya, Sarina Muda, 40, sedang menikmati nasi bungkus di ruang hadapan warung berhampiran rumah mereka bersama beberapa penduduk.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, buat masa ini polis masih menyiasat motif kejadian namun tidak menolak kemungkinan kes ini berlaku kerana salah sasaran.
"Mangsa sendiri tidak tahu kenapa ditembak dan berdasarkan siasatan awal itu, kita percaya mungkin salah orang ataupun salah sasaran," katanya. - UTUSAN
![]() |
* MAZLAN Lazim (tengah) melihat kecederaan Azmi Ismail yang kini stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ZUHARMAN MOHAMMAD NOR |

No comments:
Post a Comment