My Add

Tuesday, 21 May 2013

Kuota bekalan diesel di Sandakan minta ditambah

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah meminta kouta bulanan minyak diesel di setiap stesen minyak di daerah ini ditambah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan setiap hujung bulan.

Menur, selasa, 21 mei, 2013ut beliau, langkah itu perlu kerana pada 20 haribulan ke atas setiap bulan akan berlaku masalah kekurangan bekalan minyak diesel dan menjejaskan pengguna khususnya mereka yang memiliki kenderaan menggunakan minyak itu.

Katanya, lebih teruk terjejas adalah pengusaha bas, kenderaan pengangkutan dan bas sekolah.

"Jika berlaku masalah kekurangan bekalan minyak diesel, ada stesen minyak mengehadkan untuk mengisi minyak diesel antara RM20 hingga RM60.

"Pihak pengusaha stesen minyak telah dibekalkan dengan kouta yang mencukupi untuk keperluan warga Sandakan, namun perkara ini masih berlaku dan belum dapat diselesaikan sehingga sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Au yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan mahu pihak pemantau khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya bertindak tegas dan mengambil tindakan berkesan mengatasi masalah tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan beliau sendiri, masalah kekurangan bekalan minyak diesel di daerah ini akan berlaku pada 25 Mei ini kerana kebanyakan stesen minyak telah habis kouta bekalan untuk bulan ini. 

Menurutnya, masalah kekurangan bekalan minyak diesel mula berlaku selepas pengenalan lesen 'community drumming' dilaksanakan.

Au tidak menolak kemungkinan masalah itu berlaku disebabkan penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment