Oleh MUHAMMAD ZIKRI
PONTIAN, SELASA, 21 Mei, 2013: Empat warga Indonesia terbunuh manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan bas kilang di Kilometer 66.5, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api di sini awal pagi ini.
Ini merupakan nahas hari ketiga berturut-turut yang meragut banyak nyawa. Kelmarin, empat termasuk sepasang suami isteri maut di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kuala Lumpur manakala semalam pula, tiga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara terkorban di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Dalam kejadian terbaharu pukul 5.30 pagi ini, mangsa yang terkorban ialah Mochamad Mujiono, 23, Akmal Mukolil, 33, Moch Muhson, 29, dan Mita Nurmalsari, 19, manakala rakan mereka yang parah dikenali sebagai Dian Mitami, 19.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Waja menghala ke Pontian.
Beliau berkata, kereta dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan bas kilang yang dalam perjalanan dari arah Pontian ke Benut untuk mengambil pekerja.
"Dua daripada mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pontian," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Jokhiri memberitahu, Dian Mitami yang parah telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
"Semua warga Indonesia tersebut merupakan pekerja sebuah pasar raya di Rengit, Batu Pahat dipercayai dari Sanglang menuju Pontian," katanya.
Katanya, tiada penumpang dalam bas kilang berkenaan dan pemandu yang berusia 58 tahun tidak mengalami kecederaan.
Pihaknya masih menyiasat punca kemalangan itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment