Oleh NURUL AZWA HARIS dan SITI NURAZIAH ZAINAL ALAM
KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Mei, 2013: Gara-gara kedegilan seorang isteri berhutang sebanyak RM158,000 dengan ah long, kini suami dan ibu bapanya pula yang menjadi mangsa selepas rumah mereka disimbah cat merah di Jalan Jinjang Utama, Sentul di sini,
Keadaan menjadi lebih malang kerana wanita itu kini melarikan diri setelah diburu kumpulan ceti haram tersebut.
Kejadian berlaku pukul 1.30 petang pada 15 Mei lalu semasa mangsa, Law Kar Poh, 48, berada di luar rumahnya dan menerima panggilan daripada ibunya yang melihat dua lelaki menyimbah cat merah di kawasan tempat letak kenderaan dan ruang tamu.
"Saya percaya ini perbuatan kumpulan ah long yang memberi pinjaman kepada isteri saya untuk pelaburannya dalam perniagaan lombong besi sejak setahun lalu.
"Saya kini bimbang keselamatan kedua ibu bapa dan anak-anak saya terancam disebabkan ugutan mereka ini. Saya telah banyak kali menasihati isteri supaya berhenti meminjam ah long tetapi dia berdegil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kar Poh seterusnya berkata, dia berhubung dengan isterinya itu kali terakhir pada 12 Mei lalu sebelum mereka terputus hubungan.
Dia juga merancang untuk berpisah dengan wanita itu berikutan kejadian tersebut.
Pengerusi Biro Khidmat Aduan dan Perkhidmatan Awam Gerakan, Wilson Lau berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Daerah Sentul untuk tindakan segera.
Beliau berkata, tindakan ah long itu melanggar undang-undang dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 426 dan 427 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment